Ahad, 13 November 2011

DiaM tiDaK bErMakNa PeNDIaM


Diam..
Tidak beerti pendiam..
Bukan bermaksud memencil diri..
Bukan mahu mengasingkan diri..

Diam..
Juga harus kena pada tempatnya..
Meskipun dilihat diam..
Namun si diam juga pelontar idea..
Memuntahkan lahar penggerak nadi wacana..

Diam..
Sering saja disalah tafsir,,
Kata mereka diam ini seorang penyepi..
Diam ini selalunya diketepi..
Membiarkan diri tersisih dari teman disisi..

Namun..
Pabila si Diam ini mula bersuara..
Yang bising mula ternganga..
Yang kononnya ramah mula membuka mata..

Kerana yang diam itu biasanya seperti ubi..
Biarpun diam, diamnya berisi..

Tidak seperti besi..
Diamnya diam berkarat..

Dan usah lagi prejudis terhadap mereka yang ‘diam’..
Kerana mereka bisa menzahirkan sesuatu yang diluar jangka!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan