Ahad, 13 November 2011

DiaM tiDaK bErMakNa PeNDIaM


Diam..
Tidak beerti pendiam..
Bukan bermaksud memencil diri..
Bukan mahu mengasingkan diri..

Diam..
Juga harus kena pada tempatnya..
Meskipun dilihat diam..
Namun si diam juga pelontar idea..
Memuntahkan lahar penggerak nadi wacana..

Diam..
Sering saja disalah tafsir,,
Kata mereka diam ini seorang penyepi..
Diam ini selalunya diketepi..
Membiarkan diri tersisih dari teman disisi..

Namun..
Pabila si Diam ini mula bersuara..
Yang bising mula ternganga..
Yang kononnya ramah mula membuka mata..

Kerana yang diam itu biasanya seperti ubi..
Biarpun diam, diamnya berisi..

Tidak seperti besi..
Diamnya diam berkarat..

Dan usah lagi prejudis terhadap mereka yang ‘diam’..
Kerana mereka bisa menzahirkan sesuatu yang diluar jangka!


Jumaat, 11 November 2011

Awak Saya Sayangkan Awak






Awakkkkk........


♥ Saya rasa awak suka saya,

♥ Saya pun rasa saya suka awak,

♥ Tapi saya tak nak kita jadi macam orang lain,

♥ Saya nak berkat Allah,

♥ Biarlah awak fikir saya sombong tak nak layan awak,

♥ Biarlah apa pun orang nak cakap,

♥ Cuma kalau satu hari nanti awak rasa saya layak jadi ibu kepada anak awak,

♥ Jumpalah mak ayah saya,

♥ Kita bercinta lepas nikah... InsyaAllah... ~ ♥ ~


Sayang Awak. :p

Wanita ITu iBarAt ePal

Suatu saat di pagi yang cerah. Angin bertiup tenang. Sinar mentari lembut menerangi alam.Tetapi sayang, itu semua tidak dapat meredam kegundahan hati sebuah epal yang berada tinggi nun di pucuk. Sejak seminggu lalu epal itu sibuk berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Padahal… kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Siapa yang melihat pasti meluap-luap seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.

Tetapi… kenapa aku tidak dipetik orang?

Epal tersebut memandang ke bawah. Hairan, kenapa manusia lebih memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana. Bukankah mereka tidak mendapat udara yang bersih dan cahaya mentari seperti aku yang berada di puncak ini? Bukankah kawan-kawanku itu banyak yang telah rosak kerana seranggga?

Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan – rakannya yang telah banyak tersentuh dan penuh debu menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dijamah orang. Apakah kekurangan diriku?

Perasaan rendah diri mulai merasuk. Makin lama makin kuat, diselangi rasa kecewa dan bimbang. Murungnya tidak terbendung lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut memutuskan menggugurkan dirinya ke tanah. Ketika sudah berada dibawah, hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia. Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.

Epal menanti manusia beruntung itu. Sayang sekali, sehingga malam tiba, tiada seorang pun datang mengambilnya. Rasa gembira pun bertukar menjadi risau dan sedih.

Siang berganti malam, hari berganti minggu. Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk diatas tanah menjadi makanan ulat dan serangga. Membusuk dan dipijak – pijak manusia.”

Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik, dijamah dan diambil orang. Tapi epal yang berkualiti, tidak terjangkau dan sulit dijamah orang. Susah dipetik, susah digapai. Mahkota seorang gadis adalah Keimanan dan ketakwaannya. Apabila hilang iman dan takwanya, hancurlah pesonanya. Wanita sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.

Wahai wanita yang solehah tinggi martabatnya… yang terpelihara kehormatan dan izzahnya.

Bersabarlah! Disaat tak ada yang memetik kerana ketinggianmu. Janganlah kusutkan jiwamu hingga kau rela dipetik dan dijamah oleh sesiapapun. Seperti epal yang mudah dipetik ditepi jalan. Tungulah, Allah pasti mengirimkan seseorang yang bersedia memetikmu pada ketinggian. Ketinggian yang hanya boleh dipanjat dengan tangga keimanan dan ketakwaaan seseorang.

Ya Allah… Ku tahu, betapa banyak “perhiasan dunia terindah ini” mulai gundah. Gelisah menantikan seseorang. Sepertiga abad penantian kadangkala tidak cukup mendatangkan si pemetik epal yang dinantikan. Wahai zat yang menguasai seluruh makhluk, jangan biarkan wanita-wanita mulia ini lelah di ketinggian, hingga dia menjatuhkan diri tersungkur dari kemuliaan. Teguhkan hati mereka. Selamatkan mereka.

"...Ya Tuhan kami, sesungguhnya mereka sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan kepada mereka… Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada wanita-wanita solehah jodoh dan keturunan sebagai penyenang hati..." 

Adakah Aku Harus Salahkan Cinta Pertama??


Assalamualaikum
Wow hari nie sempat lagi menaip kerna amie nak sebarkan segala rasa cinta yang ada kepada setiap orang sudi berkunjung di blog yang tidak seberapa nie. Cinta dan cinta dan cinta kenapa cinta??

Kerana cinta memberikan seribu pengertian dan paling penting cinta kepada diri sendiri,keluarga dan cinta agung kepada ALLAH. 

Tiada sesiapa dapat melupa perasaan cinta pertama,Akan ku ingat selama-lama
 Saat pertama jatuh cinta,Kasih Sayang,Senyum mesra bersama.Gurau senda pujuk rayumu...Pasti ku ingati...Apapun juga akhirnya,Aku kan tetap,Mengingatimu dengan setia walaupun kau akan pergi,Pasti ku ingati gelora cinta kali pertama. 

C
inta adalah saat indah,paling memeritkan dan paling gembira serta sedih adalah cinta pertama.Sepatutnya kita jangan salahkan cinta kerana cinta itu diberikan oleh ALLAH untuk kita ketahui sakit dan gembira dan akhirnya kita baru sedar cinta teragung adalah cinta kepada ALLAH.


Segenap hati kita terlintas tentang cinta kita akan rasakan segalanya. Acik bawakn cinta ini adalah untuk cinta berlandaskan islam bukan cinta metropolitan yang penuh dengan kemaksiatan.Setiap kemaksiatan adalah racun di dalam hati yang merosak kesucian jiwa seseorang., kerana ia rindukan akan dosa yang mewariskan kehinannya. 


kau buat aku bertanya
kau buat aku mencari
tentang rasa ini
aku tak mengerti
akankah sama jadinya
bila bukan kamu
lalu senyummu menyadarkanku
cinta itu hanya perasaan kita 
Cinta pertama amie mungkin bukan sehebat adam dan hawa dan mungkin bukan sehebat Romeo & juliet tapi kisah amie adalah kisah yang tersendiri.Sebenar cinta pertama nie adalah sumber pemberi kita pelbagai tanggapan. Kalau elok cinta yang kita dapatkan maka elok kisahnya dan maka buruk kita dapatkan maka negatiflah pemikirannya tentang cinta.

Rasanya tak perlu amie bagitahu lagi tentang kisah pertama amie tapi secara jujurnya memang dulu kecewa tentang cinta sehingga amie sanggup tolak orang yang amie sayang dek kerana FOBIA CINTA kononnya.Tapi sebenarnya amie salah amie tak berhak judge cinta sedemikian rupa dan baru kini amie sedar apa itu cinta yang ALLAH berikan. Kenapa ALLAH turunkan cinta dilubuk hati yang paling dalam an Kisah Cinta kita berlainan.
Cinta?? Cinta ibarat Kain Putih.. Buruknya Cinta Adalah Kerana Buruknya Insan Yang Bercinta, Indah Peribadi Insan Yang Bercinta Indahlah Cinta yang Dipupuk.. Jangan Salahkan Orang Jika Kamu Gagal Bercinta,Salahkanla Diri Sendiri Yang Gagal Menjaga Cinta.. Memang Hukum Alam Yang Telah Menyatakan Manusia Hidup Berpasangan.. Telah Juga Dinyatakan Bahawa Setiap Benda Didunia Ini Berpasangan, Jadi Tidak Salah Jika Mencari Pasangan Walau Seawal Mana Umurmu.. Cuma Perlu Pandai Menjaganya juga Harga Dirimu..

Cinta itu suci bila Islam dijadikan sebagai panduan.Cinta itu indah bila al-Quran dijadikan teman antara 'abang' dan 'sayang'.Cinta itu bahagia jika kita cintakan Yang Maha Esa lebih dari 'abang' cintakan 'sayang' dan 'sayang' cintakan 'abang'.cinta itu ikhlas andai kita sama-sama ikhlas menegakkan syiar islam dalam kehidupan kita.Atas nama cinta,'abang' hanya untuk 'sayang' dan 'sayang' hanya untuk 'abang' jika Allah telah tetapkan cinta ini adalah jodoh kita..

Tak perlu disingkapkan erti cinta yang kamu sndiri tak mngerti...tanya pada diri sndiri knapa kamu brcinta.Adakah sedia mnerima risiko akan di kecewakan..jika tdak,jangan brmain dgan api..Jika gagal brcinta tak bermakna hidup brakhir..Lagipun cinta bukan sekadar pada insan bergelar keksaih saje..ianya terlalu umum..pda ibu,bapa,guru,saudara..FAHAMILAH..cinta bukan brmaksd couple atau ape saje yg ade pd fikiran anak muda skrg.Cinta adalah sesuatu yg kompleks yg sehingga kini tiada seorg pn yg dapt mmberi pengertian khusus ttg maksd cinta.




ok sampai di sini dulu amie bercerita ..malas nak taip panjang-panjang ...Jika dalam masakan mmerlukan bahan2 yang akan dapat mnyedapkan masakan..seperti garam,gula dan mcm2 lagi....Begitu juga dgn hidup ini..hidup tidak berkisar hanya pada cinta saje..cinta ibarat satu bahan yg diperlukan dlm hidup,tapi perlu diimbangkn dgn btul supya hidup tdk kekurangan sesuatu..Ingatlah,selain cinta,masih ada pkra lain yg perlu kita ambil peduli.adios bye :)


Jumaat, 4 November 2011

Hari ini,Esok dan Semalam...






Mestilah dalam hidup ni, kasih sayang tu penting. Atas dasar sayanglah, terciptanya manusia di dunia ni. Tak percaya? Allah ciptakan Nabi Adam AS dari tanah dan Nabi Adam menjadi kesayangan Allah pada masa itu. Kerana sayang itu juga, Allah ciptakan Hawa untuk menjadi teman Nabi Adam AS kerana khuatir Nabi Adam akan kesunyian. Apabila dibuang ke bumi, Nabi Adam dan Hawa dipisahkan jauh-jauh. Atas dasar sayang juga, mereka bertemu dan dari situ

Sebenarnya, kita mempunyai 3 hari sahaja.

Yang pertama,  hari kelmarin. Kita tak mungkin boleh mengubah apa pun yang telah terjadi. Kita tak boleh menarik kembali perkataan yg  telah terucapkan. Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan & mengulangi kegembiraan yg. telah kita nikmati kelmarin. Biarkan hari kelmarin pergi  lepaskan sahaja....

 Yang kedua,  hari esok. Hingga mentari esok hari terbit, kita tak tahu apa yang akan terjadi. Kita tak mampu melakukan apa-apa esok hari. Kita tak mungkin sedih atau ceria pada esok hari. Esok hari yang belum tiba,  biarkan sahaja...
Yang tersisa kini hanyalah hari ini. Pintu masa lalu telah tertutup..pintu masa depan pun belum terbuka. Pusatkan saja diri kita utk. hari ini. Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari. Hiduplah hari ini. Kerana, masa lalu & masa depan hanyalah permainan fikiran yg  rumit. Hiduplah apa adanya. Kerana yg ada hanyalah hari ini, hari yang abadi.

Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati & rasa hormat, meskipun mereka berlaku buruk kpd kita. Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini, krn mungkin esok hari cerita sudah berganti. Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan pd org lain bukan krn  siapa mereka tetapi krn siapakah diri kita sendiri.

Jadi, jgn biarkan masa lalu mengekang kita atau masa depan membuatkan kita bingung, lakukan yg. terbaik hari ini dan lakukannya sekarang juga....

Doaku unTuK mU sAyAng





kau mau apa, pasti kan ku beri
kau minta apa, akan ku turuti
walau harus aku terlelap dan letih
ini demi kamu sayang

aku tak akan berhenti
menemani dan menyayangimu
hingga matahari tak terbit lagi
bahkan bila aku mati
ku kan berdoa pada Ilahi
tuk satukan kita di syurga nanti

tahukah kamu apa yang ku pinta
di setiap doa sepanjang hariku
Tuhan tolong aku, tolong jaga dia
Tuhan aku sayang dia


ErTi CiNTa DaN KaSiH





Jika kita mencintai seseorang,kita akan senantiasa,mendoa'kannya walaupun dia tak berada di sisi kita..Tuhan memberi kita dua kaki.tuk berjalan,dua tangan tuk memegang,,,,,dua telinga tuk mendengar dan dua mata tuk melihat .Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugrah sekeping hati pada kita?karena tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang,untuk itu kita mencarinya itu lah Cinta...Jng sesekali mengucapkan selamat tinggal jika km masih mau mencoba. Jng sesekali menyerah jika km masih sanggup.Jng sesekali mengatakan km tidak mencintainya lagi,jika kamu tak tak bisa melupakannya.Cinta datang kepada orang yg masih mempunyai harapan,walaupun mereka telah di kecewakan,kepada mereka yg masih percaya walau tlah di hianati.kepada mereka yg masih ingin mencintai.walaupun sebelum nya tlah di sakit kepada mereka yg punya keberanian dan keyakinan tuk membangun kembali kepercayaan Jng simpan kata2 cinta pada orang yg tersayang sehingga dia meninggal kamu justru sebaliknya ucapkan kata2 cinta yg tersimpan di benakmu selagi dia masih ada Sungguh menyakinkan mencintai seseorang yg tidak mencintaimu tapi lebih menyakitkan mencintai seseorang dan km tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu padanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis ibaratkan lah seperti menyunting sekuntum mawar merah.Kadang kala kamu mencium harum mawar tersebut,tetapi kadang kala kamu merasakan bisa duri mawar itu menusuk jari. Hal yg menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu,hanya untuk bertemudan pada akhirnya menjadi tak berarti dan kamu harus merelakan dia pergi Kadang kala kamu tak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati sehingga kamu kehilangan dia. Pada saat itu,tiada guna penyesalan karna perginya tanpa berkata lagi.Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarangdan bukan siapa dia sebelumnya Kisah silam tidak perlu di ungkit lagi kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.Cinta pada harta artinya bakhil cinta pada perempuan artinya alam cinta pada diri artinya bijaksana cinta pada mati artinya hidup,dan cinta pada Tuhan artinya taqwa Cinta adalah keabadian dan kenangan adalah hal terindah yang pernah di miliki. Siapa pun pandai menghayati cinta tapi tak seorangpun yg pandai menilai cinta karna cinta bukanlah suatu objek yang bisa dilihat kasat mata,sebaliknya cinta hanya bisa di rasakan melalui hati dan perasaan.Cinta mampu melunakkan besi menghancurkan batu,membangkitkan yg mati dan meniupkan kehidupan padanya.inilah dahsyatnya cinta Kamu tak akan pernah tau kapan kamu akan jatuh cinta,tapi bila saat itu tiba raih lah dengan kedua tanganmu dan jangan biarkan dia pergi dengan  sejuta rasa tanda tanya di hatinya.Cinta bukanlah kata yg murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tapi cinta adalah anugrah Tuhan yang indah dan suci,jika manusia dapat menilai kesuciannya.Bercinta memang mudah,untuk dicintai juga mudah,tapi untuk di cintai orang kita cintai itu sukar.......

Selasa, 1 November 2011

Rindu Terhenti......

Telahku tinggalkan
Memori Silamku itu
Tidak ku biarkan
Hidupku dibelit pilu
Walaupun duka menampar dada
Walau sepi mencalar hati
Rindu ku terhenti

Ku pinggirkan sayu
Yang merundum kalbuku
Kasih dulu ku biar berlalu

Ku pinggirkan lara
Yang bertaut di jiwa
Ku teruskan hidup tanpa dia

Padam nyala patah tumbuh
Hilangkan berganti
cinta tiba, cinta pergi
Biar di asal ku nanti

Ku lupakan mu jua di sini
Sedang kau pergi menjauhi


p/s : sajer letak lagu nie kt sini...ingat kt something....
oke rdu aq kt ko dh thenti pn...