Jumaat, 4 November 2011

Hari ini,Esok dan Semalam...






Mestilah dalam hidup ni, kasih sayang tu penting. Atas dasar sayanglah, terciptanya manusia di dunia ni. Tak percaya? Allah ciptakan Nabi Adam AS dari tanah dan Nabi Adam menjadi kesayangan Allah pada masa itu. Kerana sayang itu juga, Allah ciptakan Hawa untuk menjadi teman Nabi Adam AS kerana khuatir Nabi Adam akan kesunyian. Apabila dibuang ke bumi, Nabi Adam dan Hawa dipisahkan jauh-jauh. Atas dasar sayang juga, mereka bertemu dan dari situ

Sebenarnya, kita mempunyai 3 hari sahaja.

Yang pertama,  hari kelmarin. Kita tak mungkin boleh mengubah apa pun yang telah terjadi. Kita tak boleh menarik kembali perkataan yg  telah terucapkan. Kita tak mungkin lagi menghapus kesalahan & mengulangi kegembiraan yg. telah kita nikmati kelmarin. Biarkan hari kelmarin pergi  lepaskan sahaja....

 Yang kedua,  hari esok. Hingga mentari esok hari terbit, kita tak tahu apa yang akan terjadi. Kita tak mampu melakukan apa-apa esok hari. Kita tak mungkin sedih atau ceria pada esok hari. Esok hari yang belum tiba,  biarkan sahaja...
Yang tersisa kini hanyalah hari ini. Pintu masa lalu telah tertutup..pintu masa depan pun belum terbuka. Pusatkan saja diri kita utk. hari ini. Kita dapat mengerjakan lebih banyak hal hari ini bila kita mampu memaafkan hari kelmarin dan melepaskan ketakutan akan esok hari. Hiduplah hari ini. Kerana, masa lalu & masa depan hanyalah permainan fikiran yg  rumit. Hiduplah apa adanya. Kerana yg ada hanyalah hari ini, hari yang abadi.

Perlakukan setiap orang dengan kebaikan hati & rasa hormat, meskipun mereka berlaku buruk kpd kita. Cintailah seseorang sepenuh hati hari ini, krn mungkin esok hari cerita sudah berganti. Ingatlah bahawa kita menunjukkan penghargaan pd org lain bukan krn  siapa mereka tetapi krn siapakah diri kita sendiri.

Jadi, jgn biarkan masa lalu mengekang kita atau masa depan membuatkan kita bingung, lakukan yg. terbaik hari ini dan lakukannya sekarang juga....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan